Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Jepun sedia terima pelarian Ukraine

    TOKYO, 3 MAC – Jepun merancang untuk menerima pelarian Ukraine dalam masa terdekat, lapor Agensi Berita Kyodo memetik Perdana Menteri Fumio Kishida, kelmarin, ketika Tokyo meningkatkan sokongan kemanusiaannya.

    Kerajaan terlebih dahulu akan membenarkan pelarian Ukraine yang mempunyai saudara atau kenalan di Jepun. Tetapi turut membuka pintunya kepada mereka yang lain, memandangkan situasi kemanusiaan yang semakin buruk, kata Kishida.

    “Jepun akan menerima pelarian dari Ukraine ke negara ketiga sebagai menunjukkan solidariti kami bersama rakyat Ukraine,” kata Kishida kepada pemberita selepas panggilan telefon dengan pemimpin Jerman dan Poland.

    “Keadaan di Ukraine sangat tegang, dan pelarian semakin ramai. Kami sedang membuat persiapan untuk menghadapi situasi ini secepat mungkin,” katanya.

    Jepun telahpun mengurangkan kawalan sempadan yang dilaksanakannya ketika pandemik COVID-19, namun masih mengekalkan bilangan ketibaan pengembara dari luar negara sebanyak 5,000 orang sehari, termasuk warganegaranya.

    Namun, pelarian Ukraine tidak termasuk dalam had harian itu, kata Kishida. – Bernama

    Fumio Kishida semasa bercakap pada sidang berita di Tokyo pada 3 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...