Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Jepun sekat firma China sebagai tekanan ke atas Korea U

TOKYO, 28 Julai – Jepun pada hari ini mengenakan sekatan ke atas dua firma China, termasuk sebuah bank yang dituduh menggelapkan wang Korea Utara, di tengah kebimbangan Pyongyang sedang bersedia untuk melancarkan satu lagi ujian peluru berpandu, kata kerajaan.

Jepun telah mempertingkat gesaan untuk mengenakan sekatan seterusnya ke atas Korea Utara sejak Pyongyang menguji peluru berpandu balistik antara benua pada awal bulan ini yang tidak menghiraukan resolusi PBB. Ujian telah menambah ketegangan di rantau, membabitkan Washington, Tokyo dan Seoul dan China, sekutu utama Pyongyang.

Tindakan Jepun mungkin menambah ketegangan kepada hubungannya yang dingin dengan China.

Meskipun menjadi rakan perniagaan dan pelaburan utama, mereka sering berselisih mengenai perbalahan wilayah laut dan ketegangan berlarutan berhubung sejarah penindasan Jepun pada separuh abad ke-20 pertama.

Menteri Luar Fumio Kishida berkata lima entiti, termasuk pertubuhan China, dan sembilan individu akan diletakkan dalam senarai hitam Jepun berhubung hubungan dengan Korea Utara.

Mereka akan “tertakluk kepada pembekuan aset” dan hukuman satu pihak lain, kata Kishida tanpa mengulas lanjut.

“Adalah penting untuk memperkukuh tekanan supaya Korea Utara harus bertindak ke arah pembebasan penghasilan nuklear,” beritahu Kishida kepada wartawan.

“Kami akan menggesa Korea Utara supaya mengambil tindakan konkrit ke arah penyelesaian isu,” kata beliau.

Akhbar Nikkei berkata di antara sembilan pertubuhan yang dimaksudkan adalah Bank Dandong China, sebuah firma perkapalan China dan sebuah firma perniagaan Korea Utara yang berurusan dengan arang batu dan komoditi lain. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -