TOKYO, 14 Ogos – Kerajaan akan memulakan projek penyelidikan neurosains selama lima tahun bersama dengan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah pada tahun fiskal 2018, bertujuan menangani impak global terhadap kemurungan dan demensia, antara kecelaruan mental dan neurologi yang lain.
Adalah perlu untuk menganalisis jumlah besar data imej otak dan melakukan eksperimen ke atas haiwan untuk benar-benar memahami kompleksiti fungsi otak, seperti aktiviti-aktiviti litar neural.
Oleh itu, pakar-pakar berkata, penyelidikan berasaskan nasional dan serantau adalah terhad oleh bidang tugasan tersebut, lapor akhbar The Yomiuri Shimbun.
Di sebalik keadaan ini, Jepun, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah menegaskan tentang perlunya bagi kerjasama antarabangsa dengan memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam bidang neurosains, pada sidang kemuncak Kumpulan Tujuh Ise-Shima Mei tahun lalu.
Jepun merupakan peneraju dunia dalam bidang penyelidikan tabiat-tabiat neurosains dan manipulasi gane rodensia otak.
Amerika Syarikat pula sedang berkembang maju dalam menyusun dan menganalisis data-data imejan otak. Tambahan pula, badan-badan penyelidikan yang berkaitan dengan kerajaan AS seperti National Institutes of Health dan institusi-institusi dalam sektor swasta termasuk peneroka perniagaan juga bekerjasama secara aktif dalam penyelidikan bersama ini.
Manakala negara-negara Kesatuan Eropah pula sedang berkembang maju dalam membangunkan peralatan-peralatan teknologi untuk memantau aktiviti otak, seperti magnetic resonance imaging (MRI) and positron-emission tomography (PET).
Menurut laporan itu, penyelidikan bersama yang menghimpunkan pakar-pakar dari Jepun, AS dan Kesatuan Eropah sangat jarang pada masa-masa lalu. Dengan menggabungkan keupayaan mereka, Jepun, AS dan Kesatuan Eropah berhasrat untuk mendiagnosis kecelaruan mental dan neurologikal di peringkat awal dan membentuk kaedah terbaru rawatan.
Bagi kajian bersama ini, para penyelidik akan mula-mula mengumpul imej-imej data yang dikendalikan oleh pertubuhan-pertubuhan perubatan dan institusi-institusi penyelidikan di Jepun dan di luar negara.
Penyakit-penyakit seperti dimensia dan kemurungan, dipercayai disebabkan oleh fungsi cerebral yang tidak normal. Menurut data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat 322 juta orang menderita akibat kemurungan di seluruh dunia. Alzheimer’s Disease International berkata, bilangan pesakit yang menghidap dimensia berjumlah 46.8 juta di seluruh dunia pada 2015 dan jumlah itu diramal meningkat tiga kali ganda kepada 132 juta menjelang 2050. – ANN