Jepun tak sabar tunjuk taring

SAO PAOLO, 14 JUN – Jepun tidak sabar memperagakan taring sebenar mereka di Copa America tatkala skuad Samurai Biru itu membuat penampilan kedua sebagai pasukan jemputan dalam Kumpulan C yang sukar bersama juara bertahan Chile, kata jurulatih Hajime Moriyasu, awal pagi tadi.

“Saya tidak sabar beraksi di Copa America. Ia satu daripada kejohanan taraf tinggi di dunia,” kata jurulatih itu di Sao Paolo. – AFP