TOKYO, 13 FEB – Mayat seorang daripada dua kru jet pejuang yang dilaporkan hilang kira-kira dua minggu lalu, sudah ditemui, kata pasukan tentera udara Jepun, hari ini.
Menurutnya, mayat berkenaan ditemui oleh pasukan tentera laut, pada Jumaat, semasa operasi mencari dan menyelamat di Laut Jepun.
Pihak tentera memaklumkan, identiti mayat terbabit sudah dikenal pasti tetapi namanya tidak didedahkan, manakala operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa diteruskan.
Jet pejuang F-15 itu sedang berada misi latihan pada 31 Januari lalu sebelum dilaporkan hilang dari radar sejurus berlepas dari pangkalan udara Komatsu di tengah wilayah Ishikawa.
Punca kejadian dan bagaimana jet berkenaan boleh terhempas masih belum dikenal pasti, setakat ini. – AFP