TOKYO, 14 FEB – Mayat kedua anggota kru jet pejuang yang terhempas dua minggu lalu telah ditemui, kata tentera Jepun hari ini.
Pesawat F-15 dua tempat duduk terhempas di luar perairan tengah rantau Ishikawa semasa misi latihan pada 31 Januari.
Mayat juruterbang lain ditemui oleh tentera laut Jepun pada Jumaat. Pasukan pencari tentera laut menemui mayat juruterbang kedua kelmarin. Pasukan udara mengesahkan identitinya, yang tidak disiarkan kepada umum. – AFP