Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Jepun tingkat usaha anti COVID-19

    TOKYO, 27 JAN – Jepun hari ini melanjutkan langkah anti-COVID ke 18 wilayah lagi, selepas menyaksikan peningkatan kes jangkitan COVID-19 sejak beberapa hari lalu, lapor Sputnik.

    Negara itu buat pertama kali merekodkan kes melebihi 70,000 kelmarin dengan bilangan 71,633 orang dijangkiti, manakala 34 lagi maut akibat wabak itu.

    Ibu negara Jepun, Tokyo, menyumbang angka terbesar jangkitan dengan 14,086 kes baharu dicatatkan kelmarin, manakala 9,813 kes direkodkan di wilayah Osaka. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...