TOKYO, 25 DIS – Jepun hari ini mengumumkan rancangan untuk meningkatkan tenaga yang boleh diperbaharui, menggantikan kereta yang menggunakan gasolin dan mengurangkan kos bateri sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mencapai matlamat bebas karbon 2050.
Perdana Menteri, Yoshihide Suga mengumumkan matlamat 2050 baharu pada November, mempercepatkan sasaran Jepun untuk mencapai matlamat bebas karbon.
Hari ini, kerajaan mengusulkan buat kali pertama sasaran yang perlu dicapai, termasuk menyasarkan matlamat sementara untuk menjana lebih daripada separuh elektrik di negara itu dari sumber yang boleh diperbaharui menjelang 2050.
“Tindakan kerajaan untuk alam sekitar mencerminkan kepercayaan kami untuk perubahan signifikan dalam minda yang diperlukan dan ini tidak akan dapat mengekang perkembangan kami, melainkan memberikan kami semangat untuk terus berkembang,” kata jurucakap pegawai tertinggi kerajaan, Katsunobu Kato memberitahu semasa sidang media.
Jepun, menandatangani perjanjian iklim Paris, dilihat enggan beralih dari bergantung pada penggunaan bahan bakar fosil, walaupun menyatakan kebanggaan mereka sebagai negara teknologi penjimat tenaga.
Negara tersebut merupakan negara keenam terbesar pengeluar emisi rumah hijau global pada 2017, menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa. – AFP































