Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    ‘Jerami icon’ burung hantu antara tarikan PAT 2023

    ARAU, 3 MAC – ‘Jerami Icon’ yang mempamerkan arca jerami padi berupa burung hantu antara tarikan Pesta Angin Timur Perlis 2023 (PAT 2023) yang membuka tirainya bermula hari ini hingga Ahad ini di Kampung Sungai Padang di sini.

    Tinjauan Bernama mendapati ruangan gulungan jerami disediakan pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Perlis itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung pada hari pertama pesta itu berlangsung.

    Pegawai MADA Wilayah 1 Perlis, Mohamad Hafifi Syauki Md Saad berkata arca jerami burung hantu itu diperkenalkan pihaknya sebagai ‘Burhan’ atau singkatan daripada burung hantu iaitu burung berkenaan satu daripada ejen kawalan biologi dalam tanaman padi untuk mengawal populasi tikus sawah.

    “Kita terapkan burung hantu itu sendiri dalam bentuk binaan arca ini untuk menarik pengunjung mendekati ‘Jerami Icon’ (bagi mengunjungi PAT 2023). Saiz arca burung hantu yang dibuat pihak MADA ini, anggaran saya tingginya hampir 15 kaki (4.57 meter) manakala lebar pulak kira-kira lapan kaki (2.4 meter),” katanya kepada Bernama di pesta itu hari ini.

    Mohamad Hafifi Syauki berkata pihaknya menggunakan 89 gulung jerami bagi membentuk kawasan ‘berpagar’ yang di dalamnya terdapat dangau dan beberapa lagi arca jerami lain antaranya berbentuk seperti anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melakukan sekatan jalan raya.

    “Kelainan kita tampilkan ialah kita menggunakan konsep ‘pagar sesat’, jadi kalau kita menyusuri dalam ‘Jerami Icon’ ini sendiri, kita akan nampak seperti ada ‘pagar sesat’ tak ada jalan… di samping itu pengisian di dalam ‘Jerami Icon’ ada dangau yang dibina Persatuan Pelukis Negeri Perlis dengan kerjasama pihak MADA,” katanya. – Bernama

    Pertandingan Jerami Ikon dan ‘Pagar Sesat’ diserbu oleh pengunjung pada Pesta Angin Timur Perlis yang diadakan selama tiga hari di Kampung Sungai Padang, Kangar. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...