Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Jerayawara beriga maklumat asas ASEAN kepada pelajar

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat selaku Sekretariat Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI telah mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN ke Sekolah Nusa Laila Puteri Cawangan Jangsak, kelmarin.

    Jerayawara yang diadakan di dewan sekolah berkenaan dihasratkan untuk memberigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam.

    Seramai 60 orang pelajar menghadiri taklimat Kenali ASEAN yang disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail.

    Hadir sama ialah Ketua Pentadbir Sekolah, Pengiran Haji Amir Khalid Abdul Aziz bin Profesor Dr Pengiran Haji Amir Mohd Yussof, pengetua dan timbalan pengetua serta tenaga pengajar sekolah berkenaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan, program jerayawara berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar-pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

    Warga Sekolah Nusa Laila Puteri Cawangan Jangsak mendengarkan taklimat semasa jerayawara berkenaan. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Awang Eddy Iswandy.

    Pada masa yang sama, ia juga bagi menanamkan kesedaran dalam kalangan para pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN selaras dengan Moto ASEAN iaitu Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti.

    Ia juga dapat mengukuhkan hubu-ngan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

    Sejurus selepas penyampaian taklimat, Kuiz ASEAN diadakan untuk mengetahui sejauh mana pelajar-pelajar mengetahui mengenai ASEAN dan peranannya dalam membangun negara-negara anggotanya.

    Turut dipromosikan ialah aplikasi mudah alih We ASEAN yang mengandungi maklumat mengenai ASEAN dan negara-negara anggota ASEAN, kalendar ASEAN, kuiz, galeri gambar dan video.

    Sekretariat SCI ASEAN-COCI turut mempromosikan terbitan Sekretariat ASEAN iaitu ASEAN Communication Master Plan II (ACMP II) yang merupakan salah satu inisiatif bagi menyokong pelaksanaan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Wawasan ASEAN 2025.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...