Friday, October 7, 2022
23.1 C
Brunei

Jerayawara beriga Pertandingan CIPTA 2023

-

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Pertandingan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota 2023 membawa tema Innovations for Sustainable Development Goals, mempunyai tiga kategori utama iaitu Kategori Tempatan, Pertandingan Smart Junior dan Kategori ASEAN.

Sehubungan itu, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai Pertandingan CIPTA 2023 dan merangsang minat orang ramai untuk menyertai pertandingan berkenaan, jerayawara mengenainya telah diadakan di Dewan Kuliah 2, Kompleks Perpustakaan, Universiti Teknologi Brunei (UTB), kelmarin.

CIPTA 2023 merupakan edisi ke-10 bagi pertandingan setiap dua tahun yang dianjurkan oleh UTB dengan kerjasama penaja utama, Brunei LNG Sdn Bhd (Brunei LNG).

Jerayawara berkenaan dihadiri oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke
Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hok Sophea; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Vietnam ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Tran Van Khoa, wakil-wakil suruhanjaya tinggi dan kedutaan, industri-industri relevan, guru dan pelajar dari sekolah-sekolah menengah, kolej dan institusi serta orang ramai.

Semasa jerayawara berkenaan, Jawatankuasa Teknikal CIPTA 2023 menyampaikan taklimat teknikal di mana penerangan mengenai kategori, peraturan dan syarat, hadiah dan anugerah, tarikh-tarikh penting dan proses penghakiman diberikan.

Semasa taklimat berkenaan juga, pembentang menyatakan mengenai pentingnya untuk memupuk inovasi dan kreativiti serta kaitannya kepada pertandingan CIPTA.

Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab serta diikuti dengan tayangan video yang mengetengahkan beberapa projek CIPTA terdahulu sebagai mengakhiri jerayawara berkenaan.

Tarikh akhir bagi penyertaan dalam CIPTA 2023 ialah 9 Januari 2023 dan bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang http://conferenc.utb.edu.bn/cipta/.

Duta Istimewa dan Mutlak Kemboja dan Vietnam (kanan-depan) bersama hadirin di Jerayawara Pertandingan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota 2023 di Dewan Kuliah 2, Kompleks Perpustakaan UTB, kelmarin. – Gambar serahan UTB
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hasrat rai majlis kahwin tak kesampaian

NEW DELHI, 5 OKT - Hasrat 25 individu yang ingin meraikan majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila mereka maut selepas bas yang dinaiki terbabas sebelum...
- Advertisment -