Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Jerayawara beriga PKBN di Daerah Belait

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 24 JULAI – Sebagai usaha memberigakan maklumat mengenai Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), dalam kalangan belia di Daerah Belait, jerayawara mengenainya telah diadakan selama tiga hari di Pusat Membeli-belah KB Sentral.

    Diadakan bermula 22 Julai hingga hari ini, jerayawara berkenaan memberikan maklumat mengenai proses pendaftaran dan tempohnya yang telah bermula bulan lalu, serta
    pelbagai kerja amal yang dilakukan oleh PKBN untuk menanamkan semangat kesukarelawan dalam kalangan belia.

    Sekretariat PKBN, Awang Mohd Hafizani bin Zaini yang hadir bagi menyelia jerayawara berkenaan, menjelaskan bahawa jerayawara itu juga menyediakan akses mudah dan memberikan pemahaman kepada belia di daerah berkenaan mengenai bagaimana untuk mendaftar bagi program tersebut.

    Beliau turut memaklumkan bahawa jerayawara itu dijadualkan diteruskan di Daerah Brunei dan Muara semasa cuti sekolah pada 2 hingga 4 September depan di The Mall, Gadong.

    Jerayawara PKBN diadakan selama tiga hari di Pusat Membeli-belah KB Sentral.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...