Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Jerayawara beriga program ITQSHHB

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 13 JULAI – Dengan matlamat untuk memberigakan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) sebagai sebuah institusi ilmu Al-Quran yang mampu melahirkan Huffaz Al-Quran sejajar dengan pengetahuan pelbagai bidang seperti pengajian Islam, sains dan teknologi, program jerayawara sebagai hala tuju bakal pelajar-pelajar baharu Tahun 7 ITQSHHB untuk sesi pengajian 2023 telah diteruskan di Daerah Tutong, hari ini.

    Program yang disertai lebih 70 orang pelajar yang dijemput dari Sekolah Ugama Penanjong, Sekolah Ugama Keriam, Sekolah Ugama Sengkarai dan Ma’had Islam Brunei itu telah diadakan di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai, Tutong.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Pengetua Akademik ITQSHHB, Haji Mohammad Sujairi bin Haji Dollah berserta pegawai-pegawai, guru dan kakitangan serta pelajar dari ITQSHHB dan sekolah-sekolah yang dijemput.

    Menerusi jerayawara berkenaan, sesi taklimat telah disampaikan oleh Awang Irma Hazmie bin Haji Matussin dan Dayang Fairuz binti Haji Abdul Rahman yang antaranya menjelaskan mengenai latar belakang ITQSHHB, format temu duga kemasukan yang dijalankan, keistimewaan dan kelebihan huffaz Al-Quran, kaedah menghafaz Al-Quran dan pameran mini.

    Selain itu, para pelajar turut berkesempatan menyaksikan tayangan video pengenalan ITQSHHB di samping persembahan rakaman video alunan ayat-ayat suci Al-Quran dan aktiviti mari menghafaz.

    Sesi jerayawara sedemikian akan diteruskan lagi ke Daerah Belait sekitar penghujung bulan ini dan Daerah Temburong pula awal Ogos depan.

    ITQSHHB dalam kenyataannya mengongsikan bahawa borang tawaran pengambilan pelajar baharu peringkat menengah Tahun 7 institut berkenaan bagi sesi pengajian 2022 masih dibukakan bermula pada 13 Jun lalu hingga 13 Ogos ini.

    Borang boleh diperoleh di Pejabat Pentadbiran ITQSHHB, atau dengan memuat turun melalui laman sesawang KHEU, www.kheu.gov.bn.

    Manakala tarikh mengembalikan borang permohonan akan bermula pada 8 hingga 13 Ogos depan di institut berkenaan.

    Dayang Fairuz semasa menyampaikan taklimat pada majlis tersebut.
    Antara pelajar yang hadir pada sesi taklimat yang berlangsung di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai, Tutong, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...