Jerayawara beriga promosi Skoda

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Maju Motors Sdn Bhd kini sedang mengadakan Jerayawara Meet The German Engineered Skoda selama lima hari, bermula 18 November lalu hingga Ahad ini di Aras Bawah, The Mall, Gadong.

Jerayawara bertujuan untuk memberigakan mengenai jualan hujung tahun yang telah bermula pertengahan November lalu hingga sebelum Tahun Baru Cina tahun depan bagi kenderaan berjenama Skoda dan Volkswagen.

Selain itu, jerayawara juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai adanya francais Skoda di Negara Brunei Darussalam.

Bagi jualan hujung tahun itu nanti, Maju Motors akan memberikan diskaun bagi mana-mana model kenderaan Skoda termasuk Kodiaq Style 2.0 TSI, Superb Ambition 2.0 TSI, Karoq Ambition 1.5 TSI dan Kodiaq Ambition 1.4 TSI serta mana-mana model Volkswagen.

Bagi pembelian kenderaan Skoda, pelanggan akan menerima pakej penginapan tiga hari dua malam di The Empire Brunei.

Dalam pada itu, Maju Motors turut mengumumkan bahawa pelanggan yang membeli Volkswagen Vento akan diberikan jaminan selama lima tahun.

Antara kenderaan Skoda yang turut dipamerkan semasa jerayawara lima hari tersebut.