Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Jerayawara berigakan maklumat ASEAN

    BELAIT, 29 JUN – Dalam hasratnya untuk memberigakan mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada penuntut-penuntut sekolah menengah di negara ini, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, telah mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN di Sekolah Arab Belait hari ini.

    Jerayawara yang dikendalikan oleh Unit Hal Ehwal Antarabangsa selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-SOCI itu dihadiri oleh 89 penuntut sekolah berkenaan. Taklimat Kenali ASEAN telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan Jabatan Penerangan, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahuddin, yang antara lain menanamkan kesedaran di kalangan para penuntut sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan moto ASEAN iaitu ‘satu visi, satu identiti, satu komuniti.’

    Kuiz ASEAN juga turut diadakan bagi menguji sejauh mana pengetahuan para penuntut mengenai ASEAN dan peranan pertubuhan tersebut dalam membangun negara-negara anggotanya.

    Turut dipromosikan semasa taklimat berkenaan ialah aplikasi mudah alih ‘We ASEAN’ yang mengandungi maklumat mengenai ASEAN dan negara-negara anggota, kalendar ASEAN, kuiz, galeri gambar dan video. Aplikasi itu merupakan salah satu projek di bawah SCI ASEAN-COCI dan boleh dimuat turun melalui Google Play bagi pengguna Android and App Store bagi pengguna iOS.

    Program ini merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme di kalangan penuntut dalam sama-sama menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

    Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang kuiz semasa jerayawara yang diadakan di Sekolah Arab Belait kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...