Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Jerayawara bincang peluang pengajian tinggi

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Agensi perkhidmatan pendidikan Findlay telah menganjurkan Jerayawara Pengajian Antarabangsa di Hotel Antarabangsa Rizqun, di Gadong, hari ini.

    Dengan keputusan A Level telah keluar baru-baru ini, ia adalah masa yang sesuai untuk pelajar meneroka pilihan pendidikan tinggi mereka.

    Semasa jerayawara terbesar mereka setakat ini, 27 wakil daripada institusi di United Kingdom (UK), Australia, Singapura, Malaysia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS) telah  hadir untuk membincangkan peluang pembelajaran bagi pelajar yang mempertimbangkan pendidikan luar negara pada tahun ini hingga 2025.

    Institusi-institusi tersebut terdiri daripada universiti-universiti bagi pelajar kemasukan secara langsung sehingga kepada kolej dan penyedia laluan untuk pelajar yang mencari laluan alternatif bagi memasuki universiti.

    Buat pertama kalinya, jerayawara itu juga menampilkan wakil untuk universiti dan kolej di AS dan seorang lagi perwakilan bagi sekolah berasrama penuh di UK.

    Konsultan-konsultan Findlay juga hadir untuk memberikan maklumat mengenai institusi yang tidak dapat menghadiri jerayawara itu.

    Salah seorang wakil universiti menerangkan mengenai tawaran yang diberikan institusi mereka kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di luar negara, pada Jerayawara Pengajian Antarabangsa Findlay di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.- Gambar oleh Syahmi Hassan
    Para pelajar mengunjungi petak pameran pengajian antarabangsa yang dianjurkan oleh Findlay.

    Universiti-universiti dalam ranking 250 universiti teratas dunia yang mengambil bahagian dalam jerayawara itu termasuk University of Birmingham, University of Dundee, University of Exeter, University of Liverpool, Newcastle University dan Queen’s University Belfast di UK, dan University of Otago di New Zealand.

    Universiti-universiti tersebut akan menarik minat terutamanya kepada mereka yang menyasarkan biasiswa kerajaan.

    Pengarah Urusan Findlay, Sunita Martin dalam kenyataan akhbar berkata, “Memandangkan kebanyakan universiti menawarkan biasiswa separa, saya menggalakkan pelajar, terutamanya mereka yang akan dibiayai sendiri, untuk bertanya tentang perkara berkenaan apabila mereka melawat setiap petak pameran.

    “Biasiswa selalunya di-sediakan bukan sahaja pada peringkat kemasukan tetapi juga sepanjang pengajian mereka. Sebagai contoh, pelajar berprestasi tinggi di kolej laluan INTO juga mungkin layak untuk pelbagai biasiswa kemajuan apabila mereka berpindah ke universiti-universiti INTO UK dan AS,” tambahnya.

    Pegawai-pegawai dari Majlis Akreditasi Negara Brunei Darussalam dan Jabatan Pengurusan Biasiswa di Kementerian Pendidikan, CfBT, BIBD dan Bank Baiduri juga hadir di jerayawara itu untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan.

    Terdapat beberapa pembentangan percuma mengenai topik yang berkaitan termasuk Studying in the USA yang di-sampaikan oleh Mayra Robles dari EducationUSA.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...