Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Jerayawara BSM bariga produk Shell

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 SEPT – Dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai produk yang ditawarkan, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) mengadakan Jerayawara Shell Experiential di Pusat Membeli-belah One City selama dua hari hingga hari ini.

    Perasmiannya telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan BSM, Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil, kelmarin.

    Jerayawara bermatlamat untuk menjana kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai pelekat Untuk Pasaran Brunei, yang telah diperkenalkan baru-baru ini kepada orang ramai bagi pembelian produk-produk pelincir kereta Shell tulen.

    Di samping itu, Petak Shell Helix Experiential juga mengetengahkan teknologi di sebalik produk Shell Helix dengan pakar produk mengongsi pengetahuan bagi penyelenggaraan enjin kereta mereka dengan lebih baik.

    Para pelanggan juga boleh mengetahui lebih mendalam tawaran-tawaran Shell melalui BSM, mendapatkan penjelasan mengenai promosi yang sedang berjalan seperti Rewarding Journey with Shell dan Koleksi Shell Motorsport.

    Setiap pengunjung juga menerima kad penebusan yang menawarkan peluang untuk memenangi barangan Shell setelah berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan di pelbagai petak pameran.

    Pada masa yang sama, program latihan Master Mechanics juga dilaksanakan selari dengan Shell Experiential di mana beberapa orang peserta yang menghadiri kelas-kelas berkenaan merupakan sebahagian daripada persediaan dan pembelajaran peningkatan kemahiran yang sedang berjalan.

    Bagi meneruskan komitmennya kepada keselamatan, BSM akan menyediakan pengetahuan mengenai garis panduan keselamatan di stesen-stesen minyak Shell khususnya ketika mengisi minyak.

    Awang Muhammad Norshafiee memotong reben menyempurnakan pelancaran Jerayawara Shell Experiential yang berlangsung di Pusat Membeli-belah One City, kelmarin. – Gambar oleh Sim Y. H.
    Muhammad Norshafiee mengimbas kod bagi produk minyak pelincir Shell. – Gambar oleh Sim Y.H.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...