Jerayawara kukuhkan kefahaman pelajar
Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Fakulti Syariah, baru-baru ini, telah mengadakan jerayawara pemberigaan pengukuhan kefahaman maqasid Syariah bagi seluruh warga KUPU SB di Dewan Tarbiyah, KUPU SB. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ra’es KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar.
























