Sunday, April 20, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerayawara mini di Belait

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 28 FEB – Bermula hari ini, QAF Auto Sdn Bhd mengadakan Jerayawara Mini di Supa Save Panaga, Seria bagi memberi peluang kepada penduduk di kawasan sekitar untuk melihat lebih dekat pelbagai model terkini MINI.

    Jerayawara tiga hari berkenaan juga diadakan untuk memperkenalkan pelbagai promosi yang sedang dijalankan termasuk yang hanya ditawarkan semasa jerayawara berkenaan.

    Antara promosi yang dipromosikan Mini Brunei semasa jerayawara di Daerah Belait berkenaan termasuk kadar faedah sifar yang akan berjalan sehingga penghujung Mac depan.

    Selain itu, promosi-promosi lain yang sedang berjalan termasuk tukar beli, Pakej Servis dan Waranti Lanjutan untuk memenuhi keperluan semua pelanggan serta jualan barangan gaya hidup pada harga diskaun yang hanya boleh didapati semasa jerayawara berkenaan.

    Sementara itu, model-model terkini yang dipamerkan termasuk Mini Clubman
    yang baharu dilancarkan serta Mini 3 Doors, Mini 5 Doors dan Mini Countryman
    yang juga tersedia bagi uji pandu.

    Kru jerayawara bergambar ramai bersama Mini Clubman yang turut dipamerkan.
    Kru-kru mempamerkan pelbagai jenis barangan jenama MINI pada jerayawara tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda