Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Jerayawara pamer model terkini Mitsubishi

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – GHK Motors Sdn Bhd menganjurkan Jerayawara Mitsubishi selama lima hari bermula hari ini di Centre Atrium, The Mall, Gadong untuk memberi kesedaran mengenai model-model Mitsubishi dan promosi terbaharunya.

    Ia juga memberi peluang kepada pelanggan untuk berhubung dengan perunding jualan bagi mengetahui lebih lanjut mengenai model Mitsubishi dan akan dapat melihat model Mitsubishi Xpander baharu, Mitsubishi Xpander Cross, Mitsubishi L200 Sportero, Mitsubishi Attrage, Mitsubishi Eclipse Cross dan Mitsubishi Pajero Sport.

    Pengunjung juga layak mendapat baucar tunai apabila mereka membeli mana-mana model Mitsubishi semasa tempoh jerayawara. Selain itu, pelanggan juga layak mendapatkan promosi akhir tahun GHK 2022 yang sedang berlangsung iaitu Drive Now Pay Next Year dengan pelan kewangan yang fleksibel dan berpeluang cabutan bertuah.

    Pelbagai aktiviti permainan yang menarik juga diadakan di samping Cabutan Bertuah Snap & Win di mana pelanggan boleh mengambil bahagian dengan mengambil gambar bersama mana-mana model Mitsubishi yang ada dan memuat naik ke dalam Instagram mereka bagi peluang memenangi baucar tunai.

    Antara model terkini Mitsubishi yang dipamerkan semasa jerayawara berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...