Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jerayawara pamer model terkini Nissan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Nov – Para pemilik dan penggemar kereta Nissan di Kuala Belait dan Seria akan berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat barisan model terkini semasa Jerayawara Nissan Brunei in Motion yang berlangsung di Supa Save, Seria bermula hari ini hingga hujung minggu ini.

    Selain menyaksikan barisan kereta Nissan termasuk Nissan Magnite dan Nissan Terra (2WD dan 4WD), para pengunjung juga berpeluang untuk mendapatkan barangan istimewa.

    Menurut Pengurus Pemasaran Nissan Brunei, Han Ming Kwang, jerayawara berkenaan merupakan inisiatif menarik yang membolehkan mereka dan pasukan Nissan untuk mendekati pengunjung baharu dengan memberikan mereka pengalaman jenama yang lengkap dan inovatif mengenai ciri-ciri Nissan Intelligent Mobility.

    Jerayawara itu, tambahnya, juga membolehkan para pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat lagi barisan model terkini termasuk Nissan Magnite.

    Sebarang prospek yang membuat pertanyaan akan layak untuk menyertai acara cabutan bertuah di mana mereka berpeluang untuk memenangi kad hadiah UNIQLO bernilai RM1,500, RM1,000 dan RM500 yang boleh digunakan untuk membeli-belah di Miri.

    Hanya tiga pemenang akan diumumkan menerusi cabutan dalam talian dengan terma dan syarat dikenakan.

    Di samping itu, khusus bagi pelanggan-pelanggan yang membeli jenama Nissan baharu yang terpilih semasa tempoh jerayawara, mereka akan terus menerima baucar membeli-belah bernilai $200 daripada Supa Save.

    Semasa acara tersebut, kakitangan jualan Nissan adalah bersedia untuk memberikan maklumat dan bantuan mengenai dengan model-model kenderaan Nissan yang ada, aksesori serta promosi-promosi terkini.

    Antara model terkini Nissan yang dipamerkan pada jerayawara berkenaan. – Gambar serahan Nissan Brunei
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...