Jerebu: 1.7j pelajar terjejas

KUALA LUMPUR, 19 SEPT – Beribu-ribu sekolah ditutup di seluruh Malaysia dan Indonesia hari ini, menjejaskan sekurang-kurangnya 1.7 juta pelajar, kata pegawai, di mana toksik asap daripada kebakaran hutan telah menyebabkan kualiti udara merosot.

Hampir 2,500 sekolah telah diarahkan untuk ditutup di Malaysia, termasuk hampir 300 sekolah di ibu kota negara itu, berikutan kebimbangan terhadap tahap kesihatan yang dibawa toksik asap daripada kebakaran hutan yang tidak terkawal di Sumatera, Indonesia dan Pulau Borneo.

Indonesia berkata ratusan sekolah di kawasan terjejas di wilayah Riau, Sumatera juga telah ditutup hari ini, dengan 800 lagi sekolah ditutup di dalam sebuah daerah, sementara 1,300 lagi ditutup di wilayah Kalimantan Tengah di Borneo.

Penutupan sekolah tersebut telah menjejaskan sekurang-kurangnya 1.7 juta pelajar di Malaysia.

Tetapi di Indonesia, ia tidak jelas berapa pelajar yang terjejas.

Jakarta sedang berusaha giat memadam kebakaran dengan bantuan beribu-ribu anggota dan pesawat pemadam kebakaran, yang dimulakan di kawasan pembalakan hutan yang bertujuan bagi kerja-kerja penanaman.

Kebakaran tersebut sering kali mencetuskan asap bertoksik di seluruh Asia Tenggara, tetapi tahun ini merupakan kejadian yang paling teruk sejak tahun 2015.

Penutupan sekolah hari ini menandakan penutupan pertama sekolah di Kuala Lumpur berikutan dengan kualiti udara yang semakin teruk sehingga membawa kepada tahap ‘tidak sihat’ dan ‘sangat tidak sihat’ di sebahagian kawasan di semenanjung Malaysia, sehingga ke timur Sumatera. – AFP

Seorang penunggang basikal menyeberangi jambatan dalam keadaan jerebu tebal akibat kebakaran hutan di Pekanbaru, Riau di Indonesia, kelmarin. – AFP