Jerebu bakal jejas F1

SINGAPURA, 15 SEPT – Pencemaran akibat kebakaran hutan di Indonesia telah menyebabkan kualiti udara Singapura berada di tahap tidak sihat buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun, menurut kerajaan negara itu, seminggu sebelum perlumbaan malam Formula Satu (F1) bakal dilangsungkan di sana.

Perlumbaan F1 itu dijadualkan bermula Jumaat hingga Ahad depan di atas litar jalan raya di daerah kewangan Marina Bay.

Grand Prix Singapura, penganjur F1, berkata kemungkinan jerebu merupakan antara isu berpotensi yang termasuk dalam pelan kecemasan mereka bagi grand prix tahun ini. – AFP