Jerebu kini masuki Filipina

MANILA, FILIPINA, 20 SEPT – Asap yang dibawa oleh angin monsun daripada kebakaran hutan di Indonesia kini mula menjejaskan beberapa kawasan di Filipina, sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan dan risiko kesihatan, seorang pegawai berkata hari ini.

Timbalan pentadbir Perkhidmatan Pentadbiran Astronomi, Geofizik dan Atmosfera, Landrico Dalida Jr. berkata asap daripada kebakaran hutan dilihat melitupi selatan bandar Zamboanga, pusat bandar Cebu dan Dumaguete serta barat wilayah Palawan. Pihak berkuasa sedang mengenal pasti beberapa lagi tempat yang mungkin akan terjejas, katanya.

“Ia jelas dapat dilihat, bermaksud asap itu mungkin datang daripada sebahagian kawasan di Indonesia dan mencapai kawasan kami,” kata Dalida. – AP