Jerebu landa Aceh

MEULABOH, Indonesia, 26 Julai – Kanak-kanak kecil dimasukkan ke hospital di wilayah Aceh, Indonesia, ketika asap tebal disebabkan oleh kebakaran hutan memaksa puluhan orang dirawat bagi jangkitan paru-paru.

Beberapa budak sekolah masih lagi dibenarkan pergi ke sekolah di Meulaboh hari ini dengan memakai topeng muka namun beberapa buah sekolah membatalkan kelas oleh itu para pelajar dapat berehat di rumah.

Pada minggu lalu, kira-kira 35 kawasan panas – penumpuan pada kebakaran – telah memusnahkan 70 hektar hutan dan tanah lain di Aceh, kata agensi bencana kebangsaan.

“Kebakaran tanah berpunca daripada orang yang membersihkan tanah mereka dengan kaedah tradisional menebang pokok dan membakar, oleh itu menjadi sebab kebakaran merebak,” kata jurucakap agensi bencana kebangsaan, Sutopo Purno Nugroho.

Beberapa budak sekolah di Aceh memakai topeng menunggu bas sekolah mereka dengan persekitaran diselubungi asap tebal akibat kebakaran tanah gambut di Meulaboh, wilayah Aceh pada 26 Julai. – AFP
Beberapa budak sekolah di Aceh memakai topeng menunggu bas sekolah mereka dengan persekitaran diselubungi asap tebal akibat kebakaran tanah gambut di Meulaboh, wilayah Aceh pada 26 Julai. – AFP

Orang ramai dinasihatkan untuk memantau tanah mereka dan tidak menebang mahupun membakar, terutamanya sejak musim panas ini mudah menyebabkan kebakaran hutan semakin bertambah, tambah Nugroho.

Pihak berkuasa cuba untuk memadam kebakaran dan telah memberi amaran ancaman kebakaran hutan dengan musim kering dijangka berterusan selama beberapa bulan.

Jerebu masalah tahunan di Indonesia yang disebabkan oleh kebakaran hutan dan tanah gambut kaya karbon di Indonesia untuk melapangkan tanah bagi penanaman minyak kepala sawit dan kayu pulpa. – AFP