Jerebu: Malaysia tingkatkan tekanan ke atas Indonesia

KUALA LUMPUR, 11 SEPT – Malaysia hari ini mempertingkatkan tekanan ke atas jirannya, Indonesia bagi menangani kebakaran hutan besar yang di hutan hujan yang menyelubungi seluruh Asia Tenggara dalam jerebu, ketika pembakaran untuk membersihkan tanah bagi tanaman mencetuskan ketegangan diplomatik.

Membakar hutan untuk memberi laluan bagi kawasan pertanian juga dikatakan punca kebakaran besar yang meranapkan Amazon di Selatan Amerika dan pakar percaya ia akan memberikan impak serius ke atas iklim global.

Menteri Alam Sekitar Malaysia, Yeo Bee Yin menyuarakan kebimbangan mengenai impak jerebu dan menawarkan bantuan kepada Jakarta untuk membasmi kebakaran semasa satu mesyuarat dengan pegawai Indonesia semalam, menurut satu kenyataan.

Seorang pegawai atasan di negeri Sarawak, Borneo — di mana kualiti udara menjunam ke paras sangat tidak sihat minggu ini — bagaimanapun hanya menuntut Indonesia menghantar topeng muka dan bekalan ubat kepada Malaysia bagi mereka yang terjejas dengan pencemaran tersebut.

“Selagi mereka tidak terjejas dalam ekonomi, mereka tidak akan memandang serius aduan kita,” Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing dipetik sebagai berkata oleh portal berita Malay Mail hari ini.

Seorang lelaki memakai topeng muka berdiri berhampiran sebuah papan (kiri) yang menunjukkan indeks pencemaran standard yang mengukur paras udara sebagai ‘tidak sihat’ di sepanjang sebuah jalan di Pekanbaru, Riau pada 11 September. Jerebu yang menyelubungi kebanyakan negara ASEAN adalah akibat pembakaran hutan bagi membersihkan kawasan untuk pertanian, mengakibatkan ketegangan diplomatik. –AFP

“Kerajaan Indonesia mesti menan-ggung tanggungjawab sepenuhnya bagi jerebu di Sarawak.”

Indeks kualiti udara menjunam ke paras tidak sihat di Kuala Lumpur minggu ini ketika jerebu bertoksik menyelubungi udara dan langit, manakala lebih 400 buah sekolah ditutup di bahagian Borneo, Malaysia akibat asap tebal.

Borneo dikongsi bersama antara Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Di sebalik tekanan daripada jirannya, Indonesia hari ini menegaskan bahawa jerebu di Malaysia adalah akibat kebakaran di sana.

Satu kenyataan dari kementerian alam sekitar dan agensi kaji cuaca mengatakan Indonesia jumlah ‘titik panas‘ – kawasan yang mempunyai tahap panas kuat dikesan menggunakan satelit yang memberi petunjuk kebakaran –di Semenanjung Malaysia meningkat secara mendadak.

Walau bagaimanapun, kementerian alam sekitar Malaysia merujuk wartawan kepada maklumat titik panas disiarkan oleh Pusat Khas Meteorologi ASEAN di Singapura.

Menurut pusat itu, terdapat 861 titik panas di bahagian Borneo Indonesia dan pulau Sumatera pada 10 September dan hanya tujuh di seluruh Malaysia. –AFP