Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    Jerebu: Pelajar, kakitangan awam digesa kekal di rumah

    TEHRAN, 14 NOV – Pihak berkuasa Iran menggesa kanak-kanak sekolah dan kakitangan awam di ibu negara Tehran untuk kekal berada di rumah esok disebabkan peningkatan tahap pencemaran udara.

    “Satu pertiga daripada kakitangan semua badan eksekutif akan bekerja dari rumah esok disebabkan oleh pencemaran yang semakin teruk,” lapor agensi berita rasmi IRNA, memetik jawatankuasa kerajaan yang bertanggungjawab memantau pencemaran.

    Ia juga berkata bahawa pengajian prasekolah dan sekolah rendah di Tehran ‘akan diadakan secara maya esok berikutan tahap pencemaran udara yang semakin teruk’.

    Jawatankuasa itu memberi amaran kepada orang ramai di seluruh Tehran agar tidak terlibat dalam sebarang ‘aktiviti luar’.

    Tehran, sebuah bandar mempunyai penduduk sekitar sembilan juta orang, mengalami pencemaran udara teruk dan kerap berada di antara bandar paling tercemar di dunia.

    Orang ramai menyeberangi jalan utama di Tehran kelmarin yang diselubungi jerebu. – AFP

    Pencemaran udara telah menjejaskan beberapa bandar di Iran sejak kebelakangan ini, termasuk Mashhad, Isfahan dan Ahvaz.

    Hari ini, sekolah ditutup di tiga bandar di wilayah barat daya Khuzestan, kata IRNA.

    Kira-kira 40,000 kematian setahun di Iran adalah disebabkan oleh pencemaran udara, menurut media Iran.

    Tehran terletak di kaki bukit selatan pergunungan Alborz yang tinggi di atas bandar itu memerangkap udara tercemar.

    Fenomena ini, dikenali sebagai inversi termal, mencapai puncaknya semasa musim sejuk, di mana udara sejuk dan kurangnya angin menangkap jerebu berbahaya di atas ibu negara untuk berhari-hari.

    Pada Disember 2019, pihak berkuasa memerintahkan penutupan sekolah di sekitar Tehran selama seminggu disebabkan pencemaran udara yang teruk. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...