Jerebu ‘selimuti’ rantau Asia Tenggara

JAMBI – Kebakaran yang besar melanda di beberapa buah hutan belantara di Indonesia – sebahagian hutan yang terbesar di dunia – dengan asap toksik yang merebak menyebabkan beratus-ratus sekolah di Asia Tenggara telah ditutup, kata pegawai perwakilan baru-baru ini.

Kawasan hutan terbesar di Kepulauan Sumatra dan Borneo telah terbakar ketika beribu-ribu petugas bertungkus-lumus memadamkan kebakaran itu dan mula bersihkan bekas-bekas tapak kebakaran untuk dijadikan ladang tanaman. Pembakaran hutan untuk mendapatkan ruang pertanian juga dianggap sebagai salah satu sebab kenapa pembakaran besar terjadi di Amazon, Amerika Selatan malah pakar mempercayai bahawa ia boleh memberikan kesan yang serius terhadap iklim global.

Di Indonesia, beberapa kawasan hutan menjadi tumpuan – berisiko kebakaran – khususnya di beberapa bahagian kawasan termasuk Borneo yang berkongsi negara dengan Malaysia dan Brunei Darussalam.

Kualiti udara menurun kepada ‘tidak sihat’ di sekitar Kuala Lumpur, menurut indeks pencemaran udara kerajaan dan langit-langit diselubungi dengan asap tebal.

Bau daun-daun yang terbakar menyebabkan penduduk mengalami masalah pernafasan dan mengadu sakit mata. Jerebu juga turut merebak ke negara Singapura, manakala penduduk di bahagian selatan Thailand dinasihatkan untuk menggunakan topeng muka pada minggu ini.

Penduduk digesa untuk menggunakan penutup mulut bagi menghindari masalah kesihatan. – AFP

Aktiviti harian terjejas

Sekitar 400 buah sekolah telah ditutup baru-baru ini di sembilan daerah di negeri Sarawak menyebabkan 150,000 pelajar terjejas, menurut jabatan pendidikan tempatan. Di negara jiran Indonesia pula, Jambi, Sumatra, beberapa buah tadika telah ditutup sehingga Jumaat manakala sekolah rendah dan sekolah menengah juga ditutup sementara, menurut pihak berkuasa setempat.

Datuk Bandar Jambi, Syarif Fasha menggesa penduduk untuk menggunakan topeng muka manakala agensi pengurusan bencana negara Malaysia mengatakan bahawa mereka telah menyediakan sekitar setengah juta topeng di mana akan dihantar ke jawatankuasa bencana Sarawak.

Baru-baru ini, Malaysia berkata bahawa mereka bersiap sedia untuk menjalankan proses pembenihan awan bagi meningkatkan lagi kadar penurunan hujan serta membersihkan udara dengan mengeluarkan bahan kimia tertentu ke dalam awan – walaupun sesetengah pakar mempersoalkan keberkesanannya. Aktivis alam sekitar Indonesia menyeru tindakan keras dalam pembakaran hutan.

Jakarta telah mengarahkan ribuan tenaga tambahan sejak bulan lalu untuk mencegah kebakaran 2015 itu berulang kembali, paling buruk selama dua dekad, meninggalkan kesan yang teruk khususnya di rantau yang berdekatan dengan jerebu selama beberapa minggu.

Kajian dari Amerika Syarikat (AS) mengatakan bahawa kebakaran 2015 telah menyebabkan 100,000 kematian pra-matang akibat penyakit pernafasan dan lain-lain. Di bawah tekanan daripada negara jiran, Presiden Indonesia, Joko Widodo pada bulan lalu memberi amaran bahawa para pegawai akan dipecat jika mereka gagal untuk memadamkan kebakaran hutan.

Beberapa tapak yang berisiko terbakar melonjak hampir tujuh kali ganda dalam tempoh empat hari pada bulan ini, menurut agensi bencana nasional Indonesia. – AFP