Jerebu tebal landa Australia

SYDNEY, 10 DIS – Kebakaran yang semakin memburuk mengakibatkan ibu kota Australia, Sydney dilanda jerebu pada hari ini, dicatatkan 11 kali lebih teruk berbanding sebelumnya.

Jerebu tebal ini menyebabkan perkhidmatan feri serta beberapa buah pejabat terpaksa ditutup dan dipindahkan.

Pegawai kesihatan setempat menasihati orang ramai untuk sentiasa berada di dalam rumah dan mengurangkan aktiviti di luar rumah terutama bagi yang mempunyai penyakit jantung dan paru-paru.

“Cuaca di Sydney semakin memburuk dengan asap yang tebal akibat kebakaran yang berlaku, ini menyebabkan kualiti udara tercemar yang terburuk pernah kami alami,” kata agensi kesihatan New South Health Ricahard Broome kepada wartawan setempat.

“Sekali lagi kami menggesa kepada orang ramai untuk menjaga kesihatan dengan serius,” kata Broome.

Pihak ambulan telah menerima berdozen panggilan yang sama dalam masa sehari, kata ketua Ambulan NSW, Brent Amitage.

Pihak kereta api Sydney berkata kemungkinan mereka akan mematikan penggera api di stesen kereta api di sebabkan asap tebal yang melanda bandar Sydney mengakibatkan penggera api berbunyi.

Jabatan alam sekitar mengatakan bacaan bagi indeks kualiti udara Sydney berada di tahap bahaya iaitu 200, bacaan ini telah diambil lebih 11 kali dan kini telah disahkan merbahaya. – AP

Asbut tebal daripada kebakaran menyelubungi Opera House di Sydney, Australia pada 10 Disember.