Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Jeremiah Ethan Tan raih tempat ketiga

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Pelajar dari Sekolah Sukan, Jeremiah Ethan Tan meraih kedudukan ketiga dalam pertandingan Regatta Terbuka Piala Merdeka ke-27 anjuran Persatuan Pelayaran Sabah dan dihoskan oleh Kelab Perahu Layar Kinabalu (KYC), hujung minggu lalu.

    Acara itu merupakan acara peringkat kebangsaan Malaysia dan tahun ini telah menarik seramai 65 pelayar dari Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura.

    Acara tiga hari itu menyaksikan keadaan cuaca sedikit berangin pada hari pertama menyebabkan pegawai perlumbaan menangguhkan dua daripada tiga perlumbaan yang dijadualkan.

    Keesokan harinya keadaan angin sangat baik dan pegawai perlumbaan telah meneruskan empat perlumbaan. 

    Jeremiah berjaya menduduki tempat kedua di papan pendahulu dengan menduduki tempat kedua secara konsisten pada hari itu. Semasa perlumbaan kelima, perlanggaran antara Jeremiah dan Mohd Reezmin dari Kelab Kapal Layar Tentera Laut Kota Kinabalu menyaksikan juri memutuskan memihak kepada Jeremiah memberinya pendahuluan sedikit.

    Pada hari terakhir perlumbaan, Jeremiah berjaya menduduki tempat ketiga dengan hanya kurang satu mata berbanding pesaing terdekatnya yang menduduki tempat kedua dalam perlumbaan tersebut.

    Reaksi Jeremiah Ethan Tan meraikan kejayaan berada di tempat ketiga dalam pertandingan Regatta Terbuka Piala Merdeka ke-27, hujung minggu lalu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...