Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    Jeremy Renner berjoging walau kaki patah

    Selepas empat bulan terbaring akibat mengalami cedera parah digilis mesin bajak salji di kediamannya, pelakon Avengers, Jeremy Renner kini sudah mula kembali aktif dengan bersenam.

    Los Angeles Times melaporkan Jeremy dilihat berjoging di atas treadmill di rumahnya meskipun kakinya yang patah masih belum sembuh.

    Kata pelakon filem Avengers itu, rasa sakit dirasai ketika berjoging membantunya untuk rasa lebih sihat.

    “Rasa sakit itu adalah perkembangan bagi saya,” katanya di Instagram.

    Jeremy turut berkongsi rutin proses pemulihannya sejak kemalangan itu dan memberitahu sudah mampu berjalan sendiri tanpa bantuan kerusi roda.

    “Ini adalah aktiviti baru buat saya. Gerakan yang saya tidak biasa seperti berjalan dan berjoging juga rasanya berbeza,” kongsinya.

    Pada Januari lalu, Jeremy dilaporkan patah 30 tulang ekoran digilis mesin bajak salji di kediamannya di Nevada, Amerika Syarikat.

    Disebabkan insiden itu, dia telah dimasukkan ke wad selama dua minggu gara-gara kenderaan seberat enam tan itu melanggarnya ketika dia sedang membersihkan salji di hadapan kediamannya. – Agensi

    Jeremy anggap kesakitan akan menyembuhkan dirinya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -