Sunday, January 29, 2023
23 C
Brunei

-

Jeremy Renner kritikal

Bintang Avengers iaitu Jeremy Renner (gambar) dilaporkan masih dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan serius disebabkan kemalangan ketika membersihkan salji tebal Isnin lalu.

Ekoran kejadian itu, Jeremy yang popular menerusi watak Hawkeye itu mengalami kecederaan trauma pada bahagian dada selain mengalami patah tulang dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

The Hollywood Reporter melaporkan keluarga kepada pelakon watak Hawkeye itu turut mengucapkan penghargaan buat doktor dan jururawat yang membantu dalam prosedur berkenaan.

“Dia kini berada di bawah jagaan rapi selepas pembedahan.

“Ahli keluarga Jeremy mengucapkan penghargaan buat doktor dan jururawat yang menjaganya. Mereka juga berterima kasih kepada semua peminat yang memberi sokongan,” kata wakil keluarga.

Kejadian tersebut berlaku ketika Jeremy sedang bercuti di rumah peranginannya di Reno, Nevada, Amerika Syarikat apabila ribut salji melanda kawasan tersebut.

Ekoran insiden itu, Jeremy diterbangkan ke hospital berdekatan menggunakan helikopter untuk mendapatkan rawatan. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -