Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Jerman akan longgarkan peraturan solar

    BERLIN, 7 MEI – Menteri tenaga Jerman baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk mengurangkan halangan birokrasi terhadap tenaga solar ketika negara itu mencatat rekod baharu untuk pemasangan fotovoltaik (PV) pada suku pertama.

    Ekonomi terbesar Eropah itu menambah 2.7 gigawatt (GW) kapasiti tenaga solar dalam tempoh tiga bulan pertama 2023, meletakkannya di landasan untuk mengatasi sasaran 9 GW tahun ini, berbanding 7GW pada 2022.

    Menteri Tenaga, Robert Habeck berkata beliau berharap Jerman buat kali pertama akan merekodkan kapasiti pemasangan PV baharu sebanyak dua digit tahun ini, satu pencapaian penting dalam usaha negara itu untuk menjadi neutral karbon menjelang 2045.

    Kerajaan mahu memasang 215GW solar di Jerman menjelang 2030, lebih daripada tiga kali ganda kapasiti sedia ada dalam tempoh tujuh tahun.

    Untuk mencapai peningkatan itu, Habeck mengumumkan satu siri langkah yang akan mengurangkan kerenah birokrasi, termasuk mempercepatkan proses perancangan dan kelulusan untuk PV pada bangunan dan tanah yang belum dibina.

    Walaupun kebanyakan perubahan yang dibuat menyentuh mengenai isu birokrasi kecil yang mempunyai kesan penghalang yang besar terhadap perniagaan dan individu yang ingin menggunakan tenaga solar, namun langkah lain dibuat bagi meningkatkan pengeluaran panel PV di Jerman dan melatih pekerja untuk memasangnya. – AP

    Panel solar pada loji fotovoltaik terapung terbesar di Jerman menghasilkan tenaga elektrik di sebuah tasik di Haltern, Jerman, pada 3 Mei 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -