Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman belasah San Marino

    PARIS, 11 Jun – Jerman berpesta gol dengan membelasah San Marino 7-0, di mana pasukan barisan kedua Jerman dari awal lagi dilihat berazam menghasilkan jumlah jaringan ragbi di Nuremberg.

    Julian Draxler telah membuka jaringan pada minit ke-11 sebelum dua jaringan Sandro Wagner menjadikan kedudukan 3-0 buat Jerman sebelum perlawanan memasuki setengah jam.

    Amin Younes menambah gol keempat tujuh minit sebelum rehat, sementara Shkodran Mustafi menjaringkan gol kelima dua minit selepas perlawanan disambung.

    Julian Brandt menjadikan kedudukan 6-0 ketika perlawanan berbaki 18 minit sebelum Wagner melengkapkan hatriknya pada minit ke-85 ketika Jerman meneruskan laluan sempurna mereka dalam kelayakan, keputusan yang hanya disaingi oleh Switzerland dalam Kumpulan B.

    Jerman mempunyai kelebihan lima mata di puncak Kumpulan C, di mana kelebihan itu dikekalkan apabila Stuart Dallas menjaringkan dua minit dalam masa kecederaan bagi memberikan Ireland Utara kemenangan 1-0 ke atas Azerbaijan di Baku.

    Penjaga gol San Marino, Elia Benedettini gagal menyelamatkan bola bagi jaringan kelima Jerman dalam aksi Kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2018 di Nuremberg. – AP
    Penjaga gol San Marino, Elia Benedettini gagal menyelamatkan bola bagi jaringan kelima Jerman dalam aksi Kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2018 di Nuremberg. – AP

    Ireland Utara telah memperbaiki kedudukan mereka di tempat kedua apabila Republik Czech tercicir empat mata di belakang selepas diikat seri 1-1 dengan Norway.

    Theodor Gebre Selassie telah membuka jaringan bagi Czech sembilan minit sebelum rehat tetapi Alexander Soderlund telah menyempurnakan sepakan penalti 10 minit selepas perlawanan disambung bagi menyelamatkan satu mata bagi pasukan tuan rumah.

    Robert Lewandowski telah menjaringkan hatrik, termasuk dua penalti, ketika Poland mengekalkan pendahuluan enam mata dalam Kumpulan E dengan kemenangan 3-1 ke atas Romania.

    Jaringan Bogdan Stancu ketika perlawanan berbaki 13 minit sudah terlewat bagi pasukan pelawat untuk membuat kebangkitan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda