BRENTFORD, UNITED KINGDOM, 13 JULAI – Jerman menempah tempat ke suku akhir Euro Wanita 2022 apabila Klara Buhl dan Alexandra Popp memastikan kemenangan 2-0 menentang Sepanyol kelmarin.
Terdahulu, skuad kendalian Martina Voss-Tecklenburg itu menumpaskan Denmark 4-0 dalam perlawanan pembukaan mereka, tetapi semalam mereka membuktikan kehebatan mereka sekali lagi selepas menundukkan Sepanyol.
Dalam aksi perlawanan kelmarin, Jerman hanya mempunyai dua percubaan tepat ke sasaran dan hanya 30 peratus penguasaan bola.
Walau bagaimanapun, jumlah gol menjadi perbezaan yang jelas antara kedua-dua pasukan di Stadium Komuniti Brentford.
Buhl memberikan Jerman permulaan yang sempurna dengan jaringan seawal minit ketiga manakala Popp menggandakan kedudukan pada minit kelapan sebelum tamat separuh masa pertama.
Jerman kini menduduki tangga teratas Kumpulan B dengan mengumpul jumlah mata tertinggi selepas dua kemenangan berturut-turut, manakala Sepanyol di tempat kedua dengan hanya tiga mata.
Dalam lapan perlawanan akhir, juara Kumpulan B, Jerman, akan menentang naib juara Kumpulan A, yang bakal menampilkan antara Austria ataupun Norway.
Dalam aksi perlawanan lain, Finland kalah tipis 1-0 ke atas Denmark dan telah tersingkir daripada kejohanan tersebut. – AFP