Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Jerman berdepan krisis bekalan gas

    BERLIN, 23 JUN – Jerman kelmarin mengaktifkan fasa kedua pelan kecemasan tiga peringkatnya bagi bekalan gas asli. Menurutnya, ekonomi terbesar Eropah kini sedang berdepan dengan ‘krisis’ dan memberi amaran bahawa sasaran penyimpanan bagi musim sejuk kini berisiko disebabkan penghantaran yang semakin berkurangan dari Rusia.

    Kerajaan berkata bahawa keputusan untuk menaikkan tahap kepada ‘amaran’ berikutan pengurangan bekalan gas Rusia dilaksanakan sejak 14 Jun dan lonjakan harga tenaga diburukkan lagi oleh perang di Ukraine. Peringkat ketiga dan tertinggi ialah tahap ‘kecemasan’.

    Pada minggu lepas, Rusia telah mengurangkan bekalan gas ke Jerman, Itali, Austria, Republik Czech dan Slovakia sama seperti negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang sedang berebut-rebut untuk mengisi semula simpanan bahan api yang digunakan bagi menjana elektrik dan industri kuasa.

    Manakala syarikat tenaga milik Rusia, Gazprom, telah menyalahkan bahagian paip yang telah hilang dihantar ke Kanada bagi pembaikan terhadap pemotongan bekalan tenaga tersebut. Bekalan disalurkan melalui paip Nord Stream 1 yang beroperasi di bawah Laut Baltik ke Jerman.

    Hal tersebut berlaku susulan daripada penutupan penghantaran gas ke Poland, Bulgaria, Denmark, Finland, Perancis dan Belanda dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

    Kerajaan Jerman juga berkata, permintaan gas semasa sedang dipenuhi dan kemudahan penyimpanan gasnya telah diisi kepada kapasiti 58 peratus iaitu lebih tinggi daripada tahun lepas. Tetapi matlamat bagi mencapai 90 peratus menjelang Disember tidak akan dapat dicapai tanpa langkah lanjut. – AP

    Menteri Ekonomi dan Perlindungan Iklim Jerman, Robert Habeck menunjukkan graf yang memaparkan ramalan tahap penyimpanan semasa sidang akhbar mengenai keselamatan bekalan tenaga di Berlin kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...