Jerman bergelut tewaskan Liechtenstein

ST GALLEN, SWITZERLAND, 3 SEPT – Jerman terpaksa bermain bertungkus-lumus semasa kemenangan 2-0 ke atas pasukan bawahan, Liechtenstein dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia, semalam ketika Hansi Flick membuat penampilan bersama pasukan kebangsaan.

Penyerang Chelsea, Timo Werner berjaya memecah kebuntuan sebelum separuh masa pertama di St Gallen manakala Leroy Sane menggandakan kedudukan pada lewat perlawanan dalam separuh masa kedua yang mengecewakan bagi pasukan bimbingan Flick.

“Kami tahu mereka berta-han dengan sangat baik, tetapi kami tidak dapat menyempurnakan peluang dan sudah tentu kami perlu melakukan dengan lebih baik,” Flick memberitahu RTL.

“Ini baru permulaan, tetapi kami masih mempunyai perjalanan yang panjang dan kami akan mengharungi perlawanan penting pada Ahad ini.”

Jerman ketika ini berada hanya satu mata di belakang pendahulu Kumpulan J, Armenia, selepas mereka terikat seri tanpa jaringan menentang Macedonia Utara.

Reaksi Timo Werner meraikan gol bersama rakan sepasukan Kai Havertz semasa pertemuan menentang Liechtenstein, awal pagi kelmarin. – AP

Jerman akan melayani kunjungan Armenia di Stuttgart pada Ahad ini, kemudian bermain di laman lawan menentang Iceland pada Rabu depan, dengan Flick menginginkan sembilan mata dari tiga perlawanan kelayakan pada bulan ini.

“Kami tetapi menerima kemenangan ini, tetapi kami mahu lebih banyak gol,” kata ketua pasukan Jerman, Joshua Kimmich, menggantikan Manuel Neuer sebagai ketua pasukan.

“Mereka bertahan di bahagian pertahanan dan tiada yang berhasil bagi kami.”

Ini merupakan perlawanan pertahan selepas menggantikan Joachim Loew, yang meletak jawatan berikutan penyingkiran Jerman dari pusingan 16 terakhir di Euro 2020 di tangan England.

“Permulaan baharu, kami akan bermula dari sifar,” tegas pengarah pasukan Jerman, Oliver Bierhoff. – AFP