Jerman biayai kos rawatan COVID-19 pesakit asing

BERLIN, 20 APRIL – Jerman akan membiayai bil rawatan untuk pesakit koronavirus yang dibawa dari negara jiran Kesatuan Eropah sebagai tanda muhibah, kata Menteri Kesihatan Jens Spahn hari ini.

Jerman telah terlepas krisis koronavirus paling teruk yang dilihat di sesetengah negara jiran Eropah, dan telah menerima pesakit, kebanyakannya dari Perancis dan Itali, untuk melegakan tekanan dalam sistem penjagaan kesihatan mereka.

Lebih 200 pesakit COVID-19 yang serius dari negara EU lain kini berada dalam unit rawatan rapi Jerman, pada kos kira-kira 20 juta euro. – AFP