Jerman catat 7,000 jangkitan baharu

BERLIN, 16 OKT – Jerman telah mengesahkan lebih daripada 7,000 jangkitan koronavirus baharu untuk kali pertama, rekod harian kedua berturut-turut.

Institut Robert Koch, pusat kawalan penyakit negara Jerman, berkata awal hari ini bahawa 7,334 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam lalu. Ia dibandingkan dengan 6,638 sehari sebelumnya.

Sehingga minggu ini, angka rekod tertinggi Jerman adalah hampir 6,300 pada akhir bulan Mac, walaupun ujian telah berkembang meluas sejak itu. Angka cenderung mencecah kemuncak sekitar akhir minggu, tetapi bacaan terbaharu menekankan peningkatan mendadak trend dalam beberapa minggu ini.– AP