Thursday, October 10, 2024
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman cipta sejarah kemenangan

    BERLIN, 9 Okt – Pemain tengah Leon Goretzka menjaringkan dua gol ketika Jerman membelasah Azerbaijan 5-1 awal pagi tadi bagi mencipta sejarah dengan rekod sempurna 10 kemenangan kelayakan Piala Dunia. Jaura bertahan itu sudah memastikan tiket mereka ke Rusia minggu lepas dengan kemenangan 3-1 ke atas Ireland Utara, dan menamatkan kempen kelayakan mereka di Kaiserslautern dengan 10 kemenangan berturut-turut.

    Ini adalah kali pertama Jerman layak ke Piala Dunia dengan rekod sempurna dan mereka tanpa tewas dalam 16 perlawanan terakhir.

    Skuad Joachim Loew menjadi pasukan kedua untuk mencapai rekod itu dalam kempen kelayakan Eropah selepas Sepanyol berjaya mencapainya dalam laluan mereka memenangi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

    Jerman juga menjaringkan rekod 43 gol dalam kelayakan Eropah dalam kempen itu.

    Meskipun dengan keputusan itu, Loew masih tidak teruja dengan persembahan separuh masa pertama ketika kedudukan 1-1 hingga rehat.

    “Kesebelasan utama tidak bermain bersama sebelum ini dan anda boleh saksikannya dalam separuh masa pertama,” katanya.

    “Separuh masa kedua lebih baik ketika pasukan lawan sudah letih.

    “Ia pasti silap untuk menjadikan kempen kelayakan ini sebagai penanda aras, pastinya ia bagus, tetapi Piala Dunia jauh lebih berbeza.

    “Ia akan menjadi sukar untuk memenangi Piala Dunia buat kali kedua.”

    Kemenangan itu hadir dengan kehilangan dua pertahanan tengah, menyaksikan Niklas Suele dari Bayern Munich dan Shkodran Mustafi dari Arsenal kedua-duanya mengalami kecederaan di separuh masa pertama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda