Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jerman gesa guna pelitup muka secara sukarela

    BERLIN, 17 JUN – Menteri kesihatan Jerman kelmarin telah menggesa penduduk dan pelawat untuk memakai pelitup muka dalam bangunan bagi melindungi diri mereka serta orang lain daripada COVID, meskipun beliau mengakui bahawa data semasa sudah tidak memerlukan untuk pemakaian pelitup muka.

    Mandat memakai pelitup muka di tempat tertutup sebahagian besarnya tidak dipraktikkan lagi di seluruh Jerman pada musim bunga ini, dengan syarat yang ditetapkan masih dikuatkuasakan di beberapa buah tempat seperti hospital dan rumah jagaan.

    Parti Demokratik Bebas libertarian, yang merupakan sebahagian daripada gabungan pemerintah negara itu, telah mendesak dengan lantang bagi menghentikan garis pandu COVID itu.

    Menteri Kesihatan Jerman dan ahli epidemiologi, Karl Lauterbach, mengatakan bahawa Jerman mengalami peningkatan dijangkakan dalam jumlah kes pada “gelombang musim panas.”

    Negara itu baru-baru ini melaporkan antara 50 dan 130 kematian berkaitan COVID dalam sehari, menurut angka rasmi laporan.

    “Saya meminta mereka yang ingin melindungi diri mereka atau orang lain untuk memakai pelitup muka di dalam bangunan,” kata Lauterbach yang juga seorang anggota Demokrat Sosial, kepada wartawan di Berlin.

    Beliau dalam pada itu juga menyatakan bahawa kes boleh terus meningkat dalam beberapa bulan mendatang jika orang ramai tidak berwaspada. – AP

    Karl Lauterbach menunjukkan pelitup muka FFP2 semasa sidang akhbar mengenai situasi COVID pada musim panas di Sidang Akhbar Persekutuan di Berlin, Jerman, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...