Jerman haramkan jualan senjata ke Turki

BERLIN, 13 OKT – Menteri Luar Jerman Heiko Maas berkata semalam Berlin akan menghentikan eksport senjata ke Turki berikutan serangan Ankara di Syria.

“Berdasarkan layat belakang serangan tentera Turki di timur laut Syria, Kerajaan Persekutuan Jerman tidak akan mengeluarkan sebarang permit baharu untuk mana-mana peralatan tentera yang boleh digunakan di Syria oleh Turki,” beritahu Maas kepada akhbar Bild am Sonntag yang disiarkan hari ini.

Menurut Maas, Jerman sejak 2016 telah melaksanakan dasar amat ketat untuk eksport senjata ke Turki, terutamanya selepas serangan tentera Turki di utara rantau Syria Afrin. Bagaimanapun, satu pengharaman eksport senjata tidak dikenakan pada masa itu.

Jerman mengeksport senjata bernilai 243 juta euro kepada Turki pada 2018, membentuk hampir satu pertiga daripada kesemua eksport senjata Jerman, menurut akhbar Bild am Sonntag.

Turki melancarkan satu operasi tentera pada Rabu di utara Syria ke atas militia Kurdish dikenali sebagai Unit Perlindungan Rakyat, dilihat oleh Ankara sebagai cabang Parti Pekerja Kurdistan Syria yang diharamkan. – Xinhua