Jerman keluar mengundi dalam pilihan raya paling sukar diramal

BERLIN, 26 SEPT – Jerman mengundi hari ini dalam salah satu pilihan raya yang paling sukar diramalkan dalam sejarahnya baru-baru ini, dengan konservatif, Angela Merkel dan parti Demokrat Sosial bersaing sengit untuk mendapatkan kemenangan ketika Merkel bersedia untuk meninggalkan pentas politik.

Pilihan raya tersebut mengakhiri pemerintahan Merkel selama 16 tahun dan meletakkan Jerman dalam kestabilan semasa tempoh ketidakpastian baharu.

Tinjauan undian menunjukkan perlumbaan untuk menyandang jawatan canselor menuju ke penghujung, dengan persekutuan konservatif CDU-CSU Merkel dengan undi sekitar 23 peratus, berada di belakang parti Sosial Demokrat pada 25 peratus undi, dengan perbezaan yang sedikit.

“Kami pasti akan melihat kejutan pada hari Ahad, perlumbaan untuk tempat pertama terbuka besar,” kata Nico Siegel, ketua syarikat undian Infratest Dimap.

Undian dibuka pada 0600 GMT dan akan ditutup pada 1600 GMT.

Kira-kira 40 peratus daripada 60.4 juta pengundi yang memenuhi syarat di Jerman mengatakan mereka tidak membuat keputusan, sementara sebahagian lagi telah membuat undi melalui pos termasuk Merkel sendiri.

Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier adalah di antara pengundi awal, menyatakan bahawa ‘memilih adalah menjalankan demokrasi’ ketika dia membuang undi di Berlin.

Di sebuah tempat mengundi di Aachen di Jerman barat, pengundi Ursula Becker, 62, mengatakan kepada AFP, “Tahun ini cukup menarik siapa yang akan menang dan yang penting siapa yang memerintah.” – AFP

Seorang lelaki mengundi di sebuah tempat mengundi di Berlin semalam, semasa pilihan raya Persekutuan dan Berlin. – AFP