Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Jerman kurangkan cukai bendung inflasi

    BERLIN, 10 OGOS – Jerman akan menawarkan potongan cukai bernilai 10 bilion euro (AS$10.2 bilion) untuk membantu pekerja mengatasi inflasi yang meningkat, kata Menteri Kewangan Christian Lindner hari ini.

    Pakej itu akan menambah elaun bebas cukai serta menambah jumlah pendapatan yang dikenakan cukai sebanyak 42 peratus. Keluarga juga akan menerima manfaat daripada kekecua-lian cukai lebih tinggi untuk anak-anak yang di bawah umur.

    Inflasi di Jerman mencecah 7.5 peratus pada Julai, lebih rendah berbanding 7.6 peratus yang dicatat pada Jun, didorong terutamanya oleh kenaikan harga minyak berikutan serangan Rusia ke atas Ukraine.

    Lindner berkata rancangannya bertujuan mengatasi masalah pekerja yang mendapati diri mereka dengan bebanan cukai yang lebih tinggi di-sebabkan mereka telah menerima kenaikan gaji untuk memerangi inflasi.

    Akibatnya, ganjaran yang diterima pekerja dihapuskan oleh cukai yang lebih tinggi.

    Fenomena itu juga menjejas golo-ngan berpendapatan lebih rendah.

    Christian Lindner, Olaf Schulz dan Steffi Lemke tiba untuk mesyuarat kabinet mingguan di Pejabat Canselor, Berlin, kelmarin. – AFP

    Lindner berkata 48 juta warga Jerman akan berdepan cukai lebih tinggi mulai Januari 2023 sekiranya tiada potongan yang ditawarkan.

    “Untuk negeri menerima faedah pada masa apabila kehidupan harian menjadi lebih mahal, ia tidak adil dan juga berisiko untuk pertumbuhan ekonomi,” kata Lindner.

    Pakej potongan cukai diperkenalkan di samping pakej bernilai 30 bilion euro yang dilancarkan Canselor Olaf Scholz pada awal tahun ini untuk membantu pengguna mengatasi inflasi.

    Pakej sebelumnya termasuk potongan cukai minyak dan tiket pengangkutan awam yang sah di seluruh Jerman berharga 9 euro sebulan untuk Jun, Julai dan Ogos. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...