Jerman kurangkan pertumbuhan 2020

FRANKFURT AM MAIN, 13 DIS – Pusat bank Jerman pada hari ini telah mengurangkan ramalan pertumbuhan 2020 untuk ekonomi terbesar di Eropah kepada separuh, tetapi berkata pemulihan dijangka berlaku pada tahun depan.

Bundesbank meramalkan perkembangan 0.6 peratus pada tahun hadapan, pada kadar separuh berbanding prospek sebelumnya pada Jun. Ia mewakili perubahan yang sedikit berbanding bacaan 0.5 peratus yang dijangkakan bagi tahun 2019, satu pertiga daripada kadar tahun lepas.

Namun pertumbuhan pada tahun 2021 hingga 2022 harus meningkat kepada kira-kira 1.4 peratus.

“Selain daripada dasar fiskal memberangsangkan, dasar mata wang yang meluas dan semua eksport akan menjadi penting kepada prospek ekonomi yang lebih baik,” kata presiden Bundesbank, Jens Wedmann dalam satu kenyataan. Kemenangan Boris Johnson mungkin mengurang elemen ketidakpastian. – AFP