Jerman lanjut amaran perjalanan ke luar EU

BERLIN, 26 OGOS – Kerajaan Jerman berkata hari ini, ia melanjutkan amaran perjalanan untuk negara-negara di luar Kesatuan Eropah (EU) hingga 14 September berikutan kebimbangan berterusan berkaitan dengan wabak COVID-19.

Jurucakap kerajaan, Ulrike Demmer mengatakan keputusan untuk melanjutkan sekatan perjalanan ke atas negara ketiga – negara-negara di luar EU dan zon tanpa pasport Schengen – telah diambil berat dalam menghadapi peningkatan jumlah jangkitan di Jerman yang disebabkan daripada para pelancong.

Amaran semasa telah ditetapkan sehingga 31 Ogos tetapi jurucakap kementerian luar negeri mengatakan bahawa pandemik memerlukan kewas-padaan berterusan.

“Kami melihat bahawa jumlah jangkitan di Jerman terus meningkat atau meningkat lagi,” katanya.

“Kami juga melihat bahawa peningkatan jumlah jangkitan di Jerman sering kali berkaitan dengan orang yang kembali dari luar negeri dan membawa jangkitan tersebut.”

Jerman mengeluarkan sekatan yang belum pernah terjadi sebelum ini terhadap semua perjalanan ke negara asing pada pertengahan Mac lalu.

Pada bulan Jun ia mengurangkan sekatan perjalanan terhadap rakan-rakan EU, Britain dan sebahagian dari Turki.

Tetapi sejak itu mereka telah melaporkan lonjakan kes jangkitan COVID-19 termasuk wilayah Perancis, Sepanyol, Belgium dan Croatia yang berisiko tinggi, sementara menarik balik sekatan ke negara-negara seperti Luxembourg. – AFP