Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Jerman lanjutkan operasi tiga loji kuasa nuklear

    BERLIN, 18 OKT – Canselor Jerman, Olaf Scholz memutuskan untuk mengekalkan operasi  tiga loji kuasa nuklear negara itu sehingga pertengahan April tahun depan bagi mengelak kemungkinan krisis tenaga, lapor agensi Anadolu.

    Beliau berkata asas undang-undang akan diwujudkan untuk membolehkan loji kuasa nuklear Isar II, Neckarwestheim II dan Emsland beroperasi selepas 31 Disember 2022 sehingga selewat-lewatnya 15 April 2023.

    Canselor tersebut berkata demikian dalam surat yang diutuskan kepada Menteri Ekonomi Robert Habeck dan Menteri Alam Sekitar Steffi Lemke, kedua-duanya dari Parti Greens dan Menteri Kewangan Christian Lindner dari Free Democratic Party (FDP).

    Sejak beberapa hari kebelakangan ini FDP dan Parti Greens sering bertelagah mengenai isu berapa  lama tiga loji kuasa nuklear tersebut perlu beroperasi.

    Pada kongres parti baru-baru ini, Greens memutuskan untuk menyokong operasi Isar II dan Neckarwestheim II dilanjutkan sehingga pertengahan April 2023 jika perlu.

    Bulan lalu dilaporkan Canselor Jerman akan mene-ruskan rancangan untuk menutup loji nuklear menjelang akhir tahun ini tetapi bersedia meng-aktifkannya semula andai berlaku kekurangan tenaga yang teruk.

    Penutupan tiga loji tersebut secara rasmi akan menandakan berakhirnya penamatan fasa nuklear untuk pengeluaran tenaga domestik yang dimulakan di bawah bekas Canselor Angela Merkel. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...