Jerman mahu akses platform Facebook

BERLIN, 13 OKT – Kerajaan Jerman mahu syarikat media sosial Amerika Syarikat (AS) Facebook memastikan pakar keselamatan boleh mengakses platformnya selepas ia melakukan pengekodan untuk membantu memerangi jenayah.

Amerika Syarikat, Britain dan Australia menggesa Facebook dalam sepucuk surat terbuka pada awal bulan ini supaya jangan mengekod perkhidmatan pesanannya kerana ia akan menghambat usaha memerangi keganasan dan penderaan kanak-kanak.

Satu kenyataan kerajaan yang disiarkan dalam akhbar Jerman Welt am Sonntag hari ini berkata: “Kebimbangan yang diluahkan dalam surat terbuka ini membabitkan kesan rancangan Facebook oleh kementerian dalam negara.”

Syarikat itu berkata ia mengakui masalah yang dikemukakan namun masih merancang untuk meneruskannya.

Facebook telah menerima kritikan berhubung kelemahan keselamatan data peribadi dan baru-baru ini berjanji akan mengekodkan perkhidmatan pesanan segera, selaras dengan tawaran WhatsApp.

Kerajaan Jerman berkata tindakan ini akan membawa kepada ‘kelemahan keupayaan pihak berkuasa mengesan ancaman serius.’ – AFP