Thursday, January 23, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman memperingati 80,000 mangsa korban COVID-19

    BERLIN, 18 APRIL – Jerman hari ini memberikan penghormatan kepada hampir 80,000 orang yang menjadi mangsa korban COVID-19, walaupun ketika negara bergelut untuk mengawal satu lagi peningkatan dalam jangkitan.

    Presiden Frank-Walter Steinmeier memimpin acara tersebut di dewan konsert Konzerthaus di Berlin bersama Canselor Angela Merkel dan beberapa pegawai kanan lain. Mereka disertai oleh lima saudara mangsa yang terkorban sejak setahun lalu dalam meletak lingkaran lilin di dewan yang hampir kosong itu.

    Steinmeier berkata bulan-bulan menumpu pada kadar jangkitan dan statistik lain ‘dapat difahami’ namun tanggapan saya adalah kami sebagai satu komuniti tidak cukup menghargainya.”

    “Penderitaan dan kematian mereka sering kali tidak dilihat,” kata beliau.

    Jumlah kematian akibat COVID-19 di Jerman mencecah pada 79,914 hari ini, peningkatan 67 berbanding hari sebelumnya. Ia adalah jumlah kelima tertinggi di Eropah, selepas UK, Itali, Rusia dan Perancis.

    Jerman mempunyai jumlah kematian yang agak kecil dalam fasa pertama pandemik, namun melihat tahap jangkitan yang lebih tinggi pada musim luruh dan sejuk. Pada Januari, lebih 1,000 kematian sehari dilaporkan dalam negara yang mempunyai 83 juta penduduk.

    Jangkitan telah meningkat sekali lagi sejak dua bulan lalu ketika varian koronavirus yang lebih mudah merebak pertama dikesan di Britain meletus di negara. Jerman telah melaporkan 3.14 juta kes sejak pandemik bermula.

    Merkel berusaha mendapatkan kelulusan rang undang-undang di parlimen yang akan mewajibkan ‘brek kecemasan’ di kawasan di mana lebih daripada 100 kes baharu seminggu setiap 100,000 penduduk. Kadar seluruh negara mencecah 162 hari ini.

    Ia mewajibkan penutupan kedai, pusat budaya dan sukan, mengehad kontak peribadi dan perintah berkurung waktu malam. Ideanya adalah menamatkan langkah berkelompok yang telah membentuk respons pandemik di 16 negeri Jerman. – AP

    Canselor Jerman Angela Merkel memegang lilin semasa upacara memperingati mangsa korban COVID-19 di Berlin, Jerman kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda