Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman merekodkan lebihan dagangan pada 2016

    FRANKFURT am Main, 9 Feb – Ekonomi terbesar Eropah Jerman melaporkan lebihan dagangan baru pada tahun 2016, data rasmi menunjukkan hari ini, mengeksport 253 bilion euro lebih daripada importnya.

    Eksport menambah 1.2 peratus untuk mencecah 1.2 trilion euro, sementara import meningkat 0.6 peratus kepada 955 bilion euro, kata pejabat statistik persekutuan Destatis.

    Tahap baru itu mungkin menerima kritikan daripada AS dna tempat lain bahawa Jerman mengeskport terlalu banyak dan gagal melabur semula hasil pemerolehan.

    Penasihat perdagangan Presiden AS Donald Trump, Peter Navaro menuduh Berlain pada bulan lalu kerana mengeksploitasi euro “yang dinilai lebih rendah” untuk merangsang eksportnya.

    Menteri Kewangan Jerman Wolfgang Schaeuble bersetuju “kadar tukaran adalah terlalu rendah” dalam satu temu bual dengan akhbar Berlin Tagesspiegel pada hujung minggu lalu, tetapi berkata ia merupakan satu masalah untuk Jerman serta pelanggannya di luar negara.

    Kebanyakan barangan Jerman yang dijual di luar negara dibeli oleh negara jirannya dalam Kesatuan Eropah, menyumbang kepada kira-kira 708 bilion euro, meningkat 2.2 peratus berdasarkan angka untuk tahun 2015.

    Sementara itu, eksport ke negara bukan EU, termasuk AS, merosot, kehilangan 0.2 peratus untuk mencecah kurang 500 bilion euro.

    Terdapat gambaran yang sama untuk import, dengan Jerman membeli 1.8 peratus lebih daripada rakan negara EU pada 633 bilion euro,tetapi 1.7 peratus kurang daripada anggota bukan EU, pada 322 bilion euro. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda